"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja 18 tahun maut dihanyutkan ombak besar selepas selfie tepi tebing

Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my
Foto tangkap layar media sosial
Foto tangkap layar media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas dihanyutkan ombak kuat ketika bergambar di tepi tebing di Pantai Semeti, Lombok, Indonesia, sebelum video yang memaparkan insiden tragis itu tular di media sosial.

Insiden itu dipercayai berlaku pada 19 Disember lalu ketika mangsa dikenali sebagai, Merlin Septiana, bersama rakan-rakannya mengunjungi pantai berkenaan.

Berdasarkan laporan Daily Mail, Merlin ingin bergambar di atas tebing batu di pantai itu sebelum dipukul ombak besar.

Rentetan itu, Merlin terjatuh sebelum cuba menyelamatkan dirinya dengan berpaut pada batu.

Beberapa saat sebelum insiden, gambar Merlin sempat dirakam dan kelihatan mangsa memakai fon kepala.

Sementara rakaman video insiden itu pula menunjukkan penduduk tempatan cuba menyelamatkan Merlin, namun mangsa akhirnya tergelincir dan hilang dibawa arus deras.

Menurut Ketua Pejabat Pencarian dan Penyelamatan Mataram, Lalu Wahyu Efendi, kejadian itu berlaku sekitar jam 3 petang waktu tempatan.

Beliau dilaporkan berkata, rakan Merlin cuba membantu menggunakan beberapa peralatan yang ada di situ antaranya kayu dan joran, namun usaha itu tidak berhasil.

"Penduduk tempatan segera menghubungi pihak polis selepas kejadian.

"Pasukan penyelamat dan polis bergegas ke lokasi dan memulakan pencarian di sepanjang pantai. Pada jam 5:13 petang, mereka menemui jasad Merlin," katanya.

Tiada ulasan: