"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penumpang ‘cemas’ buka pintu pesawat, berjalan atas sayap

KOSMO
Pesawat milik Alaska Airlines. - AFP
WASHINGTON – Seorang penumpang nekad membuka pintu kecemasan dan berjalan di atas sayap sebuah pesawat kerana dilanda perasaan ‘cemas’, stesen penyiaran NDTV semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma, Washington pada Ahad lalu. 

Seorang jurucakap lapangan terbang berkata, wanita tersebut dikatakan cemas selepas pesawat Alaska Airlines 323 mendarat, ketika penumpang lain keluar ke terminal. 

“Jabatan Bomba Pelabuhan Seattle dipanggil untuk membantu wanita itu turun dari sayap pesawat bagi mengelakkan sebarang tragedi. 

“Dia kemudian dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan, manakala polis pelabuhan dimaklumkan mengenai kejadian itu,” tambahnya. 

Syarikat Alaska Airlines mengesahkan bahawa ‘penumpang yang terganggu itu berjaya ‘diselamatkan’, sambil mengucapkan terima kasih kepada pramugari yang memberi pertolongan. 

“Kami bekerjasama dengan kru kabin dan pegawai lapangan terbang untuk mengumpulkan lebih banyak butiran mengenai punca kejadian. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pekerja atas tindakan pantas dan memohon maaf atas sebarang kesulitan,” tambahnya. – AGENSI

Tiada ulasan: