"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii

Bernama

LOS ANGELES: Seorang individu ditemukan mati di ruang roda pesawat United Airlines selepas ia mendarat di sebuah lapangan terbang di Hawaii pada malam Krismas, menurut syarikat penerbangan itu dan laporan media tempatan, lapor Xinhua.

Seorang individu ditemukan mati di ruang roda pesawat United Airlines selepas mendarat di Lapangan Terbang Kahului, Maui, pada malam Krismas.

Masih tidak jelas bagaimana atau bila individu tersebut dapat mengakses ruang roda, yang hanya boleh diakses dari luar pesawat.
Jabatan Polis Maui sedang menjalankan siasatan, dan operasi di lapangan terbang tidak terjejas oleh insiden ini.

"Setibanya di Lapangan Terbang Kahului di Maui pada Selasa, mayat ditemukan di ruang roda utama satu daripada gear pendaratan pesawat United," menurut kenyataan syarikat itu pada Rabu, sambil menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang bagi menyiasat insiden itu.

Menurut syarikat itu, masih tidak jelas bagaimana atau bila individu berkenaan dapat mengakses ruang roda, yang hanya boleh diakses dari luar pesawat.

Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Jabatan Polis Maui kini menjalankan siasatan berkaitan individu yang ditemukan meninggal dunia itu, lapor media tempatan, Hawaii News Now.

Pegawai memaklumkan bahawa operasi di lapangan terbang berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden itu, menurut laporan tersebut.
-- BERNAMA

Tiada ulasan: