Meor Riduwan Meor Ahmad
bhnews@bh.com.my
Keadaan kereta yang terbabit kemalangan maut di KM187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, hari ini. - Foto ihsan JBPM Melaka
JASIN: Dua wanita terbunuh, manakala dua lagi cedera apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas lalu merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 6.23 pagi tadi.
Susulan itu, katanya, lapan anggota termasuk dua dari Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 15km dari balai sebelum tiba 18 minit kemudian.
"Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah Perodua Myvi terbabas dan dua mangsa wanita berusia 20-an berjaya keluar dari kereta itu.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Myvi yang dipercayai terbabas di (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara.- Foto Ihsan JBPM Melaka.
"Bagaimanapun, dua lagi mangsa wanita tersepit dalam kenderaan yang remuk dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan," katanya.
Katanya, komander operasi melaporkan dua mangsa tersepit itu kemudian berjaya dikeluar dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan