"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penganggur dipenjara 12 tahun atas kesalahan merompak dan menyamar sebagai polis

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana merompak dua wanita Indonesia dengan menyamar sebagai polis pada Oktober dan November lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Egusra Ali memerintahkan Mohd Khairee Mat Yasin, 35, yang mengaku bersalah, dipenjara enam tahun bagi setiap tuduhan, berjalan berasingan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Nov lepas.

Tertuduh didakwa merompak dua buah telefon bimbit, sebuah tablet pintar dan wang RM270 milik Anis Md Mollah di kawasan industri di Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 20 Okt lepas, lapor Bernama.

Dia turut didakwa merompak Ijum Sholehah di Jalan Segambut pada 5 Nov lepas dengan melarikan sebuah telefon bimbit, pasport dan tiket penerbangan ke Indonesia serta wang RM600 milik mangsa.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam pada prosiding.

Tiada ulasan: