"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua ditahan gagal menyamar budak 10 tahun mohon pasport

FMT Reporters

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang berkata, seorang wanita tempatan mengaku menerima sejumlah wang untuk menyamar ibu kepada warga Sri Lanka itu.

Seorang warga Sri Lanka dan wanita tempatan ditahan di bawah Akta Pasport 1966 selepas gagal memohon pasport antarabangsa Malaysia.
PETALING JAYA: Seorang warga Sri Lanka dan wanita tempatan ditahan selepas gagal memohon pasport antarabangsa Malaysia dengan mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim, berkata lelaki itu ke Pejabat Imigresen UTC Komtar membuat permohonan pasport Malaysia sambil ditemani seorang wanita tempatan menyamar sebagai ibunya.

Menurutnya, penyelia bertugas menyedari keadaan fizikal suspek tidak sepadan kanak-kanak 10 tahun, selain suspek tidak memahami sebarang soalan dikemukakan.

Susulan itu, katanya, siasatan awal dilakukan ketua pejabat ke atas suspek dan wanita tempatan terbabit.

Suspek didapati tidak boleh berbahasa Melayu dan soal siasat pegawai mendapati pertuturan suspek bukan dalam dialek pertuturan Tamil orang India di Malaysia, katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal membawa kepada pengakuan wanita terbabit bukan ibu suspek dan dia menerima sejumlah wang sebagai ganjaran berbuat demikian, manakala lelaki itu mengaku dia warga Sri Lanka.

Menurutnya, kedua-duanya ditahan di bawah Akta Pasport 1966 untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tiada ulasan: