"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tembak mati penjenayah warga Afrika

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Subang Jaya: Polis menembak mati penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun di kawasan PJS, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku kira-kira 7 petang tadi.

"Suspek ditembak mari oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Lelaki berkenaan dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati pasukan siasatan dan forensik berada di lokasi kejadian.

Turut dilihat ke lokasi adalah Pengarah JSJ, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Tiada ulasan: