"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amerika kumpul jasad makhluk asing lebih 50 tahun

KOSMO
Objek didakwa jasad makhluk asing dipamerkan di Mexico. – Anadolu
WASHINGTON – Seorang pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) dari Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa beberapa ‘kumpulan rahsia’ yang dibentuk, telah mengumpul bangkai makhluk asing selama lebih lima dekad, lapor akhnar Metro UK semalam.

Bekas pengurus Program Pengenalpastian Ancaman Aeroangkasa Lanjutan (AATIP), Luis Elizondo berkongsi pelbagai butiran menakutkan dalam bukunya yang baru diterbitkan bertajuk ‘Imminent: Inside the Pentagon’s Hunt for UFOs’.

Elizondo, 52, meletak jawatan daripada AATIP pada 2017 dan sejak itu, beliau banyak bercakap mengenai ‘isu keselamatan negara yang serius’ yang dicetuskan oleh fenomena udara tidak dikenali (UAP).

Dalam bukunya, beliau mendedahkan mengenai kumpulan super rahsia. Ia termasuk dakwaan bahawa pegawai kerajaan dan kontraktor pertahanan mengumpul bangkai makhluk dan teknologi asing selama 50 tahun.

“Kita bercakap tentang ‘nova ungu’ iaitu projek dan program yang sangat rahsia sehinggakan setiausaha pertahanan atau presiden tidak mengetahuinya,” ujarnya.

Elizondo berkata, perisikan kerajaan AS turut menunjukkan bahawa insiden Roswell, New Mexico pada 1947 melibatkan dua piring terbang yang ‘berlanggar’.

“Empat bangkai bukan manusia sebenarnya ditemui daripada nahas Roswell 1947,” katanya yang merujuk kepada insiden belon tentera udara AS terhempas dekat Roswell, negeri New Mexico.

Buku baharu Elizondo diterbitkan ketika Washington semakin berminat dalam aktiviti luar angkasa, berikutan perbicaraan kongres tahun lepas mengenai UFO. – AGENSI 

Tiada ulasan: