"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Haru! Dua budak ‘hilang’, rupanya terperangkap 9 jam dalam lif

KOSMO!
Tangkap layar CCTV yang memaparkan dua kanak-kanak yang terperangkap lebih 9 jam dalam sebuah lif di pangsuri Desa Petaling petang semalam.
PETALING JAYA – Dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang petang semalam di sebuah pangsapuri di Desa Petaling ditemui terperangkap dalam lif lebih sembilan jam.

Penemuan kedua-dua mangsa, Faiq Adiwira, 11 dan Muhammad Harith Absyar, 10, hasil pemantauan televisyen litar tertutup (CCTV) yang ada dalam lif di pangsapuri tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan dua kanak-kanak itu dipercayai telah tidur dalam lif berkenaan selepas terperangkap dalam tempoh yang agak lama.

Berdasarkan perkongsian di media sosial yang menghebahkan kehilangan kedua-dua kanak-kanak itu, mereka dipercayai keluar rumah untuk membeli kuih pau kira-kira pukul 2 petang.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pulang semula ke rumah selepas pukul 7 petang.

“Pergi cari dalam pukul 7.50 petang tapi masih tak dijumpai sehingga sekarang pukul 10 malam,” tulis salah sorang ahli keluarga di laman sosial semalam.

Menjengah ke ruangan komen pada perkongsian rakaman CCTV yang tular di media sosial, rata-rata pengguna mengecam tindakan pihak pengurusan pangsapuri berkenaan yang tidak memantau CCTV di premis berkenaan.

“Pengurusan bangunan tu tak tengok CCTV ke bila lif tu sangkut,”soal @ abgzamrie.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ayiisssh.

“Takkan ‘security dept'(bahagian keselamatan) tak pantau CCTV keluar masuk lif? Dah viral budak tu hilang baru terhegeh nak check (semak) semua CCTV? 10 jam kot sangatlah lama,”luahnya geram.-KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: