"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas pegawai khas Ahli Parlimen didakwa cabul pelajar

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen di Johor didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas tuduhan mencabul seorang remaja perempuan 16 tahun di sebuah kolam renang pada 25 Julai lalu.

Tertuduh, Zainoor Juma’at, 45, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Bayani Mohd Nor, lapor Kosmo!.

Zainoor didakwa menyentuh anggota badan bagi maksud seksual ke atas mangsa di sebuah kolam renang di Sri Gading, Batu Pahat pada pukul 6 petang, 25 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir mewakili pihak pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Siti Aishah Mohd Rais.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 September ini untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan: