"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu teksi cederakan penumpang minta berhenti untuk muntah

KOSMO!
SEORANG penumpang dicederakan pemandu teksi di Bangkok. - Foto mothership
BANGKOK  – Seorang pemandu teksi mencederakan seorang penumpang kerana memintanya berhenti seketika dalam kejadian di Bangkok, lapor portal berita MSNews semalam.

Pada Sabtu minggu lalu, tiga penumpang  termasuk dua warga Thailand dan seorang rakyat Singapura menaiki teksi berkenaan  untuk pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis hari jadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.40 pagi (waktu tempatan) di daerah Huai Khwang di Bangkok.

Semasa di dalam teksi, seorang penumpang berkenaan, Wanpen Khamsa-nga  berasa loya dan meminta pemandu itu berhenti.

Dia kemudian meminta pemandu untuk berhenti lagi  tetapi kali ini, pemandu teksi itu menyerahkan beg plastik kepadanya.

Bagi mengelak daripada mengotorkan kenderaan, Wanpen membuka tingkap dan muntah ke dalam beg plastik yang diberikan.

Bagaimanapun, semasa dalam perjalanan, pemandu teksi itu menuntut bayaran tambahan 500 baht (RM63.59) kerana mendakwa dia telah membazirkan masa berhenti untuk penumpang muntah.

Wanpen dan rakannya, Itsaraporn dan seorang penumpang lain enggan membayar caj tambahan tersebut. 

Mereka berunding untuk membayar hanya 200 baht (RM25.43) dan memutuskan untuk menghubungi teksi baharu.

Selepas mereka  keluar daripada  kenderaan, pemandu teksi mengekori dan mencederakan Wanpen dengan menggunakan sebilah pisau.

Pemandu teksi itu, Prapas Boonlang, 50, akhirnya menyerahkan diri kepada polis. – AGENSI

Tiada ulasan: