"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita hilang ditemui mati dalam kereta polis

KOSMO
GAMBAR fail sebuah kereta polis di Seoul. - YouTube
SEOUL – Seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang dilaporkan hilang selepas meninggalkan rumahnya ditemui mati di tempat duduk belakang sebuah kereta polis, lapor portal berita The Korean Times semalam.

Mayat wanita itu ditemui di dalam kereta tersebut di sebuah balai polis tempatan, 36 jam selepas dia hilang.

Penemuan itu mencetuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku kecuaian polis.

Menurut Polis Wilayah Gyeongnam kelmarin, seorang anggota pihak berkuasa itumenemui mayat wanita tersebut di tempat duduk belakang kereta peronda polis yang diletakkan di Balai Polis Jinyo di Hadong, Wilayah Gyeongsang Selatan, sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) pada Sabtu lalu.

Wanita berkenaan yang mempunyai sejarah penyakit mental, dilaporkan hilang pada malam 15 Ogos lalu selepas dia meninggalkan rumahnya dan tidak pulang. 

Semasa pihak berkuasa mencarinya, mereka melihat seorang wanita rebah di tempat duduk belakang kereta peronda polis dan mengesahkan dia ialah orang yang hilang itu.

Dia ditemui mati tanpa sebarang kecederaan luaran dan dipercayai terperangkap di dalam kereta itu kira-kira  36 jam.

Bagaimanapun, laporan bedah siasat awal menyenaraikan punca kematian sebagai tidak diketahui. 

Seorang jurucakap polis berkata: “Kami akan meminta bedah siasat dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian dan juga akan menyiasat sama ada terdapat sebarang kecuaian dalam pengurusan kereta peronda polis

Tiada ulasan: