"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pertanyaan netizen buat Ustaz Azhar Idrus, Adakah mati syahid dengan menentang Kerajaan Malaysia dan Raja-Raja?

Ceramah UAI jadi pertikaian, ramai terkejut dengar ucapannya

AKMAL MANAF

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sekali lagi mendapat kecaman netizen apabila beliau dikatakan mengaitkan soal politik dalam satu video yang mempunyai watermark Ustaz Azhar Idrus Official.

Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, UAI menitipkan pesanan kepada parti Pas.

”Parti Pas, teruskan perjuangan.. tingkatkan lagi kekuatan minda dan roh kita dalam perjuangan..

”Ingat.. jangan takut makhluk.. jangan takut sesiapa sahaja.. jangan takut pemerintah kerajaan.. kita nak duduk dalam keadaan aku nak mati syahid sekali pun tak apa, tapi aku nak menegakkan Islam di bumi Allah Malaysia ini” demikian antara intipati dalam video yang dimuat naik Razmin277 di platform X.

Bagaimanapun, ‘kata-kata’ daripada ustaz kelahiran Kuala Terengganu itu disangkal seorang netizen bernama Amer Hamzah yang menyifatkan kenyataan UAI itu sebagai sesuatu yang ekstrem.

Di platform X, Amer menimbulkan beberapa persoalan susulan kenyataan UAI itu.

”Adakah kerajaan Malaysia ini musuh Islam? Adakah Raja-Raja kita musuh Islam? Adakah mati syahid dengan menentang Kerajaan Malaysia dan Raja-Raja?

”Islam bukan hak milik eksklusif Pas. Tidak masuk atau menyokong Pas, tidak menjadikan kamu terkeluar daripada Islam. Hentikan kebodohan ini,” bidas pemuda itu.

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan UAI dalam video tersebut.

”Sorry to say, ini ustaz politik!

”Malas dah nak layan orang macam ni.. tak kena saja.

”Aku boikot lama dah Azhar Idrus ni.. sembang ikut sedap dia je,” kata para netizen di X.

Tiada ulasan: