"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang dimarah, lelaki tikam ibu hingga mati

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 20 tahun kerana disyaki menikam ibunya hingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Seksyen 25, Shah Alam.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mayat wanita berusia 40 tahun yang juga warga Myanmar ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dapur oleh anak bongsu mangsa yang baru pulang dari sekolah, semalam, lapor Sinar Harian.

Polis menerima maklumat kejadian itu pada jam 5.49 petang semalam daripada seorang wanita yang juga jiran mangsa apabila dimaklumkan oleh anak bongsu mangsa, katanya.

Katanya, kejadian berlaku pada 4.30 petang, ketika mangsa memasak sebelum berlaku pertengkaran dengan suspek yang juga anak sulung wanita itu.

Wanita itu bergelut dengan suspek dan ditikam dengan senjata tajam. Pemeriksaan tubuhnya menemui beberapa kesan tikaman, katanya.

Iqbal berkata, susulan laporan itu polis menahan suspek pada 7.30 malam hari sama dan turut menemui pisau digunakan untuk menikam mangsa di tempat kejadian.

Siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati dengan ibunya kerana asyik memarahinya disebabkan masalah kewangan, katanya.

Katanya, bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah mati lemas akibat ditekup dan mempunyai kesan tikaman di perut.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: