"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 penguat kuasa dicekup seludup warga asing

FMT Reporters

PETALING JAYA: Lima penguat kuasa antara 12 individu dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat sindiket membawa masuk warga asing secara haram dengan meraih keuntungan lebih RM4 juta, sejak dua tahun lalu.

Penguat kuasa terbabit yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menjadi tali barut melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata semua ditahan melibatkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump itu menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Katanya, sindiket bersekongkol dengan penguat kuasa yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan warga asing.

“Kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terlibat.

Ejen ini akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa yang sama akan maklum kepada warga asing terbabit untuk pergi ke kaunter terbabit, katanya menurut Astro Awani.

Azam berkata, tangkapan dibuat hasil risikan sejak 2022 dengan pihaknya mengesan kemasukan wang berjumlah lebih RM4 juta, dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing untuk diagihkan kepada penguat kuasa terlibat.

Semua mereka ditahan dalam Op Pump dijalankan sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Kelantan pada Selasa, katanya.

Beliau berkata, sebaik melepasi ‘kaunter khas’, kumpulan warga asing terbabit akan diambil oleh wakil ejen yang berperanan membawa mereka keluar ke destinasi tertentu.

Katanya, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi proses permohonan reman esok.

Tiada ulasan: