"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak maut didera, polis tahan suami isteri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan sepasang suami isteri yang disyaki mendera anak perempuan mereka hingga maut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Suspek yang masing-masing berusia 29 dan 28 tahun itu ditahan pada 9 malam selepas mangsa berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia di rumah oleh pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh (HSB).

Polis Gombak menerima laporan berhubung kematian mangsa pada 3.27 petang.

Ketua Polis Gombak, Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata siasatan awal mendapati suspek lelaki adalah bapa tiri kepada mangsa manakala suspek wanita adalah ibu kandung mangsa.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat pelbagai kesan cedera pada tubuh mangsa termasuk lebam pada muka, bibir, dagu, paha, lutut dan badan, dipercayai dicederakan menggunakan kaki dan tangan.

“Selain menggunakan kaki dan tangan, mangsa juga dipercayai dicederakan dengan menggunakan tali pinggang, penyangkut baju serta senjata tumpul.

Siasatan mendapati mangsa bersekolah dalam Tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Putri 2, namun sudah tidak hadir ke sekolah sejak Jun lalu, katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat.

Katanya, berikutan kejadian itu, suspek direman tujuh hari sehingga 24 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Kita minta jasa baik orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Hamizan Mohamad Yunus di talian 013-8348384 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03- 61262222, katanya.

Tiada ulasan: