"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai kanan agensi kerajaan direman berkait tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15,000

FMT Reporters
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi untuk permohonan reman. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA: Seorang pegawai kanan sebuah agensi berkaitan kerajaan direman kerana disyaki membuat tuntutan palsu bernilai kira-kira RM15,000.

Suspek lelaki berusia 40-an direman lima hari hingga 24 Ogos selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.

Sumber berkata, suspek ditahan kira-kira 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu sekitar 2022 hingga 2023.

Suspek dipercayai mengemukakan sebut harga, nota penghantaran, invois dan resit bayaran tunai dari sebuah syarikat, sedangkan pembekalan dan perolehan tidak pernah dilaksanakan syarikat terbabit, katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Alias Salim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: