"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

19 pelajar jatuh sakit selepas terhidu asap penghalau tikus

Bernama-Xinhua

New Delhi: Sekurang-kurangnya 19 pelajar kejururawatan jatuh sakit selepas menyedut asap daripada bahan penghalau tikus yang disembur di dalam bangunan asrama mereka di Bengaluru, sebuah bandar di selatan India, kata polis pada Isnin, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di asrama Kolej Kejururawatan Adarsh. Menurut polis, pelajar berkenaan mengalami masalah pernafasan dan loya pada Ahad malam kerana penghalau tikus yang disembur oleh pengurusan asrama.

Pelajar-pelajar berkenaan telah dihantar ke hospital dan tiga daripada mereka berada dalam keadaan kritikal serta dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital, kata seorang pegawai kanan polis kepada media, sambil menambah bahawa selebihnya berada dalam keadaan stabil.

Polis telah mendaftarkan kes terhadap pengurusan asrama dan memerintahkan siasatan dijalankan berhubung insiden itu.

Pegawai berkata pengurusan asrama telah mengupah seorang individu untuk menyembur racun tikus di premis tersebut bagi menghapuskan tikus. Bagaimanapun, sejurus selepas racun itu disembur, asapnya cepat merebak ke seluruh bangunan, menyebabkan ketidakselesaan pelajar dan memerlukan mereka segera dimasukkan ke hospital.

Tiada ulasan: