"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis: Kanak-kanak Orang Asli dipercayai dirogol, dibunuh

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Ipoh: Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini semalam, dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, susulan itu pihaknya mengklasifikasikan semula siasatan kes kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, rumusan itu dibuat selepas keputusan bedah siasat yang diterima pada 4 petang tadi mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di leher serta kesan koyak pada kemaluan mangsa.

"Polis juga menahan lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa pada 5.30 petang tadi, untuk membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, Nuraina Humaira Rosli berusia 10 tahun yang dilapor hilang sejak Jumaat, ditemukan pada 4.20 petang Sabtu di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini.

Mohd Khaizam dilaporkan, berkata pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kira-kira 1.30 awal pagi semalam yang memaklumkan berkenaan kanak-kanak itu yang tidak pulang ke rumah sejak Jumaat petang.

Lokasi penemuan mayat mangsa dikatakan kawasan yang jarang dikunjungi penduduk kampung kerana bahaya dengan banyak binatang berbisa.

Tiada ulasan: