"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pembantu penyelidik lapor polis kes anggota tunjuk isyarat seks oral

Malaysiakini 
story-image

Seorang pembantu penyelidik membuat laporan polis susulan kejadian seorang anggota polis berpakaian seragam yang dirakam menunjukkan isyarat lucah kepadanya dalam satu aksi protes baru-baru ini.

Dia yang mahu dikenali sebagai Intan Zaahirah, 25, dalam laporannya berkata, kejadian itu berlaku pada 13 Dis lalu ketika dia sedang merakam gambar protes Turun demi Palestin di Kuala Lumpur.

"Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memandang saya dan membuat aksi tidak senonoh (isyarat lucah) terhadap saya dengan membuat isyarat bersifat seksual menggambarkan perlakuan seks oral.

"Tindakan ini dilakukan secara sengaja dan berulang kali," katanya yang membuat laporan di IPD Dang Wangi, hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah berkenaan.

Katanya, anggota itu sudah dikenal pasti dan bertugas di dalam kawasan di ibu negara.

Bagaimanapun Intan Zaahirah menggesa agar kedua-dua anggota polis berkenaan dipecat daripada jawatan mereka.

Intan Zaahirah mendakwa tindakan anggota polis itu menunjukkan niat mencabul kehormatan, memjatuhkan, dan mengaibkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Antara aktivis yang hadir memberi sokongan kepada pengadu, sekali gus mengecam pelaku gangguan seksual itu
ADS

"Pada masa itu saya keseorangan di tangga jejantas, jadi jelas isyarat itu ditujukan kepada saya. Perbuatan ini menjijikkan dan menyinggung perasaan dan kehormatan saya.

"Anggota polis sebelahnya yang menyaksikan tindakan tersebut hanya ketawa tanpa mengambil apa-apa langkah untuk menghentikan.

"Kejadian ini berjaya saya rakam menggunakan kamera, namun saya tidak dapat merakam nama anggota di sebelahnya," katanya.

Tiada ulasan: