"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelancong China ditemui lemas dengan beg galas berisi batu bata

Bernama

SEMPORNA: Seorang pelancong warga China yang disyaki terjun ke laut dengan memakai beg galas berisi tiga batu bata ditemui lemas di perairan Pulau Mabul di sini, semalam.

Ketua Polis Semporna, Mohd Sabri Zainol, berkata mayat lelaki dianggarkan dalam lingkungan 30-an itu ditemui orang awam pada kedalaman 17m dari aras laut sekitar 11.33 pagi.

“Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.50 pagi. Bertindak atas maklumat tersebut, Pasukan Polis Marin (PPM) dengan bantuan penyelam dari pusat peranginan berhampiran menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Semasa ditemui, mangsa masih memakai beg galas berwarna kelabu yang mengandungi tiga batu bata. Proses bedah siasat akan dijalankan dalam tempoh 48 jam, sekiranya tiada waris tampil untuk menuntut mayat mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kertas siasatan sudah dibuka dan kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR).

Beliau meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan segera menghubungi pegawai penyiasat Mohd Ali Amat di talian 013-2120852 atau Balai Polis Semporna di talian 089-782020.

Katanya, orang ramai juga boleh ke balai polis berhampiran untuk memberikan maklumat.

Tiada ulasan: