"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adly menteri KPDN, Azli Timbalan Menteri Pertahanan?

HarapanDaily.com

K PRAGALATH 

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari akan dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup manakala Azli Yusof (PH-Shah Alam) akan mengisi kekosongan Adly.

“Pucuk pimpinan parti akan membincangkan perkara tersebut dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pelantikan tersebut.

“Setahu saya, YB Adly akan diangkat menggantikan YB Salahuddin,” kata sumber, lapor Malaysiakini.

Kekosongan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup adalah berikutan kematian penyandang Datuk Salahuddin Ayub.

Adly merupakan naib presiden Amanah dan ahli parlimen Alor Gajah.

Sumber parti turut memberitahu bahawa Azli akan diangkat sebagai timbalan menteri di Kementerian Pertahanan.

“Jika, Adly dijadikan menteri, maka, kekosongan jawatan timbalan menteri mungkin akan diisi oleh YB Azli.

“Apa pun, pucuk pimpinan akan membuat keputusan muktamad selepas berbincang dengan perdana menteri,” kata sumber.

Tiada ulasan: