"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lemahnya PN tanpa sentimen kaum dan agama

Sakhril Marat

Laungan “Dakwa Zahid” tidak cukup lantang memandangkan kecelaruan tuntutan dan lemahnya pemahaman Gerakan Selamatkan Malaysia di Kuala Lumpur semalam. Himpunan ini menyaksikan lemahnya PN jika tidak membawa sentimen agama dan kaum dalam menggerakkan pengikut mereka.

Tiga tuntutan utama adalah pendakwaan semula Zahid, membebaskan Peguam Negara dan SPRM dari kuasa eksekutif dan keadilan undang-undang kepada rakyat Malaysia.

Tuntutan membebaskan Peguam Negara dari kuasa eksekutif adalah mustahil. Tuntutan sepatutnya adalah untuk memisahkan Peguam Negara dengan Pendakwa Raya, agar peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipegang oleh individu berbeza.

Ini kerana jika pemisahan ini berlaku, soal perihal politik dapat dirujuk kepada Peguam Negara (di bawah menteri undang-undang) manakala dari aspek pendakwaan diserahkan kepada Pendakwa Raya, sesuai dengan manifesto PH pada PRU15 yang lalu.

Kecelaruan peserta semakin kelihatan apabila sepanduk berkaitan nilai matawang diangkat, iaitu “1 USD : RM4.68” dijulang disertai dengan beberapa ucapan pimpinan PN berkaitan kos sara hidup dan pelabur antarabangsa yang lari dan tidak berminat untuk melabur di Malaysia dilaungkan secara sembrono.

Beberapa pimpinan PAS juga memetik ayat-ayat suci Al-Quran secara serakah sehingga konteks ayat berkenaan yang haq dan yang batil tidak mempunyai apa-apa korelasi

dengan tuntunan untuk mendakwa Zahid semula. Disertai dengan laungan takbir selepas hampir setiap ucapan seakan sudah menjadi budaya untuk mewujudkan sentimen

agama, atau lebih tepat lagi, menunggang agama.

Seterusnya, laungan “referendum” yang sepatutnya bergema sepertimana Wan Ahmad Fahysal cuba mainkan selepas PRN di enam negeri juga tidak kedengaran, digantikan dengan “Reformati” yang tidak membekas sedikit pun bagi lebih 1,000 peserta. Begitu ironi kerana setiap laungan pada himpunan ini hampir sama dengan laungan PH

sebelum kejatuhan kerajaan Najib 2018.

Tiada idea yang segar daripada PN yang boleh dijadikan sebagai identiti baru.

Kesimpulannya, himpunan yang tidak bersandarkan sentimen kaun dan agama tidak membakar amarah di dalam jiwa penyokong PN. Langkah menyerang individu yang

sudah lemah adalah sia-sia, namun perhimpunan ini boleh dijadikan ‘tikus makmal’ untuk siri perhimpunan yang mungkin diatur pada masa akan datang.

Tiada ulasan: