"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila umum pelabur tarik diri ia sama dengan projek kerajaan Malaysia?

HarapanDaily.com
Bila umum pelabur tarik diri ia sama dengan projek kerajaan Malaysia?
K PRAGALATH

Aktivis pro rakyat Mohd Mukhlis Mohd Sharif menempelak Ahli Parlimen Padang Terap Nurul Amin Hamid yang cuba menyalahkan Kerajaan Perpaduan kerana Syarikat Hong Seng Consolidated menarik diri dari Kedah Rubber City.

“Semua untung ke lebai, masa tarik pelaburan sebab kehebatan bapak seluang, masa pelabur lari pula salah kerengga. Demikianlah lebai tak guna,” kata Mukhlis dalam satu Facebook.

“Bila umum kejayaan tarik pelaburan ia sama dengan usaha kerajaan negeri Pas PN dan Sanusi.

“Bila umum pelabur tarik diri ia sama dengan projek kerajaan Malaysia.”

Mukhlis dalam catatannya menyatakan Perikatan Nasional menjanjikan 100,000 pekerjaan dalam 30 tahun sekiranya menang dalam pilihan raya negeri pada 3 Ogos.

“Kiranya manifesto PN peluang pekerjaan di Kedah itu, ianya peluang pekerjaan yang disediakan Kerajaan persekutuan??

Terdahulu, Nurul Amin yang mengakui Hong Seng Consolidated menarik diri kerana pasaran sarung getah lemah turut mendakwa bahawa Kedah Rubber City adalah projek kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

NCIA ialah pelaksana Kawasan Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul turut menyertakan grafik lima negeri yang menerima pelaburan terbanyak dalam separuh pertama 2023. Kedah di tempat ketiga.

Tiada ulasan: