"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bila Syed Saddiq akan dijatuhkan hukuman? - Fuad

HarapanDaily.com

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Dr Puad Zarkashi meyoal bila ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan dijatuhkan hukuman.

“Syed Saddiq sudah pun selesai bela diri pada bulan Mac 2023. Bila lagi hukuman akan dijatuhkan?

“Oktober 2022 mahkamah putuskan wujud Prima Facie kes songlap duit parti RM1 juta. Syed Saddiq diarah bela diri. PN dan Bar Council tidak buat demonstrasi ke?” kata Puad menerusi hantatan Facebook.

Lima bulan lalu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan bahawa keputusan kes Syed Saddiq akan diputuskan kemudian.

Syed Saddiq berdepan empat tuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Ia berkaitan dana RM1juta ketika beliau mengetuai Armada Bersatu.

Kritikan ini dibuat ekoran daripada tindakan Syed Saddiq yang tidak lagi menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan 47 tuduhan ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung Yayasan Akal Budi. Zahid telah dilepas tanpa dibebaskan di atas permohonan pendakwaraya.

Puad turut mengingatkan agar tidak menyalahkan kerajaan sekiranya Syed Saddiq dihukum.

“Dia didakwa masa Muhyiddin jadi PM. Jika dihukum bersalah jangan pula tuduh Kerajaan Perpaduan campur tangan.”

Tiada ulasan: