"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pati bina perkampungan haram dalam hutan elak dikesan

FMT Reporters
Antara Pati ditahan dalam serbuan di sebuah perkampungan haram dalam hutan di Puncak Alam Sabtu lalu. (Gambar Jabatan Imigresen)
PETALING JAYA: Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam serbuan ke atas sebuah perkampungan haram dibina kumpulan itu dalam hutan bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, menyifatkan serbuan pada 2 pagi Sabtu lalu sangat mencabar kerana ia terletak jauh dalam hutan yang dikelilingi kawasan bukit dan cerun curam di Puncak Alam, selain ada banyak lorong tersembunyi bagi memudahkan Pati meloloskan diri.

“Pasukan operasi terpaksa berjalan kaki dalam gelap hampir 15 minit untuk sampai ke penempatan haram tersebut melalui jalan hutan.

“Semasa serbuan, terdapat Pati cuba melarikan diri melalui lorong hutan dan melompat ke cerun curam,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, 14 lelaki bersama 22 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berusia dua hingga 52 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan kesalahan lain bawah Akta Imigresen, Akta Pasport dan Peraturan-peraturan Imigresen.

Katanya, baki 56 warga asing mempunyai pas lawatan kerja sementara sah dan slip pendaftaran program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0.

Ruslin berkata, maklumat dan laporan penempatan haram itu akan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tiada ulasan: