"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas Pas ‘sapu’ Terengganu, ‘sukacita’ sewa tapak pasar naik hingga 230%

HarapanDaily.com
Selepas Pas ‘sapu’ Terengganu, ‘sukacita’ sewa tapak pasar naik hingga 230%
ARIF ATAN 

Pejabat Majlis Daerah Marang di Terengganu ‘sukacita’ memaklumkan kenaikan kadar sewa di Pasar Baru Pekan Wakaf Tapai sehingga mencecah 230% bagi tapak sayur dan ikan.

Dokumen makluman kepada para penyewa premis terbabit bertarikh 5 September iaitu kurang sebulan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Pas menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Notis sama memberitahu tindakan menaikkan kadar sewa itu diputuskan dalam mesyuarat pada 21 Mei lalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kerajaan Pas tersebut, kenaikan yang melibatkan semua kategori premis perniagaan itu berkuat kuasa 1 Oktober depan.

Bangunan Pasar Baru Pekan Wakaf Tapai.

Berdasarkan kadar baru sewa itu, tapak sayur dan ikan mengalami kenaikan melambung melebihi tiga kali ganda iaitu daripada RM30 kepada RM100.

Sementara itu, tapak daging pula naik RM20 kepada RM50 manakala kiosk yang berkeluasan 10′ x 8’naik RM20 kepada RM170.

Kadar baharu sewa bagi dua jenis ruang pejabat mengikut keluasan pula masing-masing naik RM50 kepada RM250 dan RM200.

Susulan itu, rata-rata menyifatkan kenaikan berganda ketika kebanyakan rakyat masih bergelut dengan bebanan kos sara hidup itu sebagai ‘hadiah’ kemenangan besar Pas untuk rakyat di Terengganu.

Tiada ulasan: