"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ulama Pas dakwa ‘lemah iman’ pihak yang batalkan ceramah isterinya

HARAPAN DAILY 
Ulama Pas dakwa ‘lemah iman’ pihak yang batalkan ceramah isterinya
AHMAD MURSI

Ketua Ulama Pas Wilayah Persekutuan, Dr Azahar Yaakub boleh ukur ‘lemahnya iman’ pihak yang batalkan kuliah isterinya, Ustazah Norhafizah Musa di Masjid Wilayah.

Khawarij sesat bukan kerana lemah ibadah atau ilmunya, tetapi kerana ghuluw dan gelojoh menghukum keimanan orang lain seperti yang berlaku ini.

Kalau walaun bawahan yang kata, bolehlah diaggap bukan dasar Pas, tetapi ini antara pimpinan utama Dewan Ulama.

Walhal, banyak sebab kenapa pembatalan itu wajar.

Ustazah Norhafizah ialah Ahli Majlis Syura Pas iaitu badan tertinggi dalam Pas.

Dia juga terang-terang berkempen PN di media sosial semasa PRU lepas.

Dr Azhar pernah manipulasi doa untuk hentam lawan politiknya (kelompok Erdogan) semasa Muktamar 2015.

Urusan hal ehwal agama adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja.

Raja-Raja bertitah agar masjid-masjid menjadi pusat menyatukan ummah dan bukan tempat ahli politik sebarkan dakyah.

Masjid-masjid harus bebas daripada penyebaran fikrah Khawarij yang berleluasa pecah-belahkan umat Islam sekarang.

Tiada ulasan: