"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen PN nafi hisap vape di Dewan, 'Saya pegang pen'

Anne Muhammad
Gambar tular menunjukkan Ikmal Hisham Abdul Aziz didakwa menghisap vape di Dewan Rakyat. (Gambar Twitter Sadiq Asyraf)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abdul Aziz menafikan dakwaan menghisap vape di Dewan Rakyat susulan gambarnya yang tular di media sosial.

Ikmal sebaliknya mendakwa apa yang dipegangnya ketika itu adalah pen.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” kata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) itu kepada FMT.

Bagaimanapun, Ikmal berkata beliau sedia memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

“Saya boleh memberikan penjelasan, tak ada isu, satu Parlimen Tanah Merah tahu saya bukan perokok, dan saya menyokong (usul pernah dibawa bekas menteri kesihatan) Khairy Jamaluddin berkaitan had umur 17 tahun tidak boleh membeli rokok, saya sokong 100%,” katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata beliau akan menghantar surat kepada Ikmal bagi menuntut penjelasan.

Katanya, jika disabitkan kesalahan Ikmal boleh dikenakan tindakan bawah Peraturan Mesyuarat 41 (D) iaitu seseorang ahli tidak boleh merokok di Dewan Mesyuarat.

Untuk rekod, pada Ogos 2022 Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dikenakan tindakan kerana menghisap vape di Dewan Rakyat.

Tiada ulasan: