"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Himpunan ‘Selamatkan Malaysia’ tak ramai tanda rakyat muak politik,

Faiz Zainudin
Polis menganggarkan kira-kira 800 hingga 850 orang menyertai bantahan di ibu negara pada Hari Malaysia Sabtu lalu.
PETALING JAYA: Penganalisis politik berpandangan kehadiran tidak ramai di himpunan “Selamatkan Malaysia” tanda rakyat agak muak dengan politik, seiring trend penglibatan pengundi yang kurang memberangsangkan pada PRN dan PRK lalu.

Susulan beberapa pilihan raya kebelakangan ini dan yang akan datang di Pahang, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia percaya rakyat kini tidak lagi berselera dengan “politik berlebihan”.

Polis menganggarkan kira-kira 800 hingga 850 orang menyertai bantahan di ibu negara pada Hari Malaysia, walaupun ia dianjurkan oleh sayap Perikatan Nasional yang mencetuskan fenomena “Gelombang Hijau” pada pilihan raya lalu.

Sebagai perbandingan, pada hari sama lebih 10,000 memeriahkan acara kilat “Keretapi Sarong” di Dataran Merdeka, di mana peserta menggayakan busana etnik dan menyanyikan lagu berentak irama Malaysia.

“Ia menunjukkan pada masa ini rakyat tidak mahu kepada perhimpunan-perhimpunan ini,” kata Mazlan kepada FMT, mengingatkan bahawa peratusan keluar mengundi pada PRN enam negeri dan dua PRK di Johor lalu “nampak rendah”.

“Saya fikir perhimpunan yang boleh membawa kepada ketegangan, suasana tidak harmoni patut dihentikan dan parti politik fokus kepada tugas masing-masing sebab pilihan raya sudah habis.”

Mengulas penganjur “Selamatkan Malaysia” bercadang mengadakan himpunan susulan di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Bagan Datuk, Perak, Mazlan akui “kita tak nampak apa sebab memerlukan sangat demonstrasi ini”.

“Sekarang masa kerajaan dan pembangkang kerjasama untuk memainkan peranan masing-masing,” katanya, dan menambah tumpuan patut diberikan kepada pemulihan ekonomi dan kehidupan rakyat.

Tiada ulasan: