"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Jaga line’ curi kabel, 4 penguat kuasa ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Empat penguat kuasa ditahan kerana disyaki bersubahat dengan sindiket mencuri kabel telekomunikasi Telekom Malaysia (TM).

Difahamkan, polis turut menahan dua lagi lelaki tempatan dipercayai terbabit kecurian itu di sekitar Shah Alam dan Petaling Jaya.

Harian Metro memetik sumber berkata, penjawat awam itu dipercayai menjadi tonto “jaga line” ketika sindiket itu mencuri kabel.

“Laporan diterima daripada petugas TM selepas menerima aduan pelanggan berhubung kerosakan telefon dan data.

“Selepas membuat pemeriksaan di sekitar Taman Kanagapuram, di sini, pengadu mendapati dua kabel utama bawah tanah dipotong dipercayai dicuri,” katanya sambil menambah bertindak atas maklumat, empat penguat kuasa ditahan polis dalam serbuan baru-baru ini.

Beliau berkata, pelbagai barang dirampas, termasuk beberapa telefon bimbit, kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan milik agensi penguat kuasa yang dipercayai digunakan dalam kecurian itu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, mengesahkan penahanan itu dan berkata kes belum selesai kerana siasatan sedang dijalankan.

Tiada ulasan: