"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Jengka Pas dipanggil polis, isu3R

AKMAL MANAF

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jengka, Shahril Azman Abd Halim mengesahkan beliau dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaannya memainkan sentimen 3R (kaum, agama dan institusi diraja) di akaun TikTok, baru-baru ini.

Beliau mendakwa, laporan polis terhadapnya perkara biasa yang dilakukan musuh politik untuk menakutkan Pas serta Perikatan Nasional (PN) Pahang.

13 September lalu, Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman iaitu Ahmed Wafiuddin Shamsuri telah membuat laporan di Balai Polis Manchis atas dakwaan Shahril Azman memainkan sentimen 3R di akaun TikTok pemimpin Pas itu.

Ahmed mendakwa, Shahril Azman membuat kenyataan yang menyentuh hak Bumiputera, selain turut menyentuh nama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan DAP.

Ahmed juga mendakwa, video tersebut menunjukkan Shahril Azman yang sedang berkempen di Felda Sungai Kemahal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Penamaan calon untuk Pelangai ditetapkan pada 23 September dan tarikh pengundian ialah pada 7 Okt.

Tiada ulasan: