"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun atas pembunuhan Altantuya

V Anbalagan

Bapa mangsa, Shaariibuu Setev menulis surat kepada mahkamah memaklumkan keluarganya sudah memaafkan Azilah Hadri atas jenayah itu.
story-image
Mahkamah memutuskan hukuman mati Azilah Hadri, seorang daripada dua bekas komando polis yang disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu diganti dengan hukuman penjara 40 tahun dan 12 sebatan. (Gambar fail)
PUTRAJAYA: Hukuman mati Azilah Hadri, seorang daripada dua bekas komando polis disabitkan bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu 18 tahun lalu, digantikan hukuman penjara 40 tahun.

Bapa mangsa, Shaariibuu Setev menulis surat kepada mahkamah memaklumkan keluarganya sudah memaafkan Azilah atas jenayah itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata permohonan Azilah untuk meringankan hukumannya kepada pemenjaraan diterima.

Hakim turut memerintahkan hukuman minimum mandatori 12 sebatan terhadap Azilah, 48.

Hari ini, mahkamah diberitahu Altantuya adalah perisik asing dan Azilah diarahkan pegawai atasannya melakukan jenayah itu kerana wanita terbabit memiliki maklumat sulit negara.

Tengku Maimun berkata, panel hakim memberi pertimbangan sewajarnya terhadap afidavit Azilah dan surat daripada keluarga Altantuya apabila membenarkan permohonan semakan.

Turut bersidang bersama ialah Hakim Abang Iskandar Abang Hashim dan Nordin Hassan.

Tiada ulasan: