"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis siasat laporan alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid

Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
CORAK pada alas kaki yang menyerupai bentuk Kaabah dan masjid. FOTO Ihsan PDRM
CORAK pada alas kaki yang menyerupai bentuk Kaabah dan masjid. FOTO Ihsan PDRM
Georgetown: Polis menerima laporan mengenai corak pada alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil di sini, menyerupai bentuk Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, laporan itu dibuat seorang lelaki tempatan, semalam.

Katanya, lelaki terbabit mendakwa melihat beberapa alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

"Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Susulan itu, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Katanya, permohonan reman akan dibuat pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis," katanya.

Tiada ulasan: