"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Pegawai tentera ditahan cabul kakitangan bawahan

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my
Pegawai tentera dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman susulan kes cabul kakitangan bawahannya. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
Pegawai tentera dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman susulan kes cabul kakitangan bawahannya. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Seorang pegawai tentera ditahan selepas dipercayai mencabul kakitangan bawahannya di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, dekat sini.

Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan kira-kira jam 6.30 petang semalam selepas polis menerima laporan polis daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata berdasarkan laporan mangsa yang berusia lingkungan 30-an mendakwa dicabul pegawai atasannya itu beberapa kali.

"Susulan laporan itu, kita menahan suspek yang juga kakitangan awam semalam.

"Suspek kini ditahan reman tiga hari bermula sehingga Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, sebelum Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi membenarkan permohonan reman tiga hari bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak polis.

Tiada ulasan: