"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Restoran di Lipis yang pekerjanya cuci periuk guna penyapu diarah tutup

Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my
Sebuah restoran mamak yang terletak di bandar Baru Kuala Lipis diarah ditutup selama 14 hari bermula semalam selepas lawatan mengejut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah ini. FOTO Tular
Sebuah restoran mamak yang terletak di bandar Baru Kuala Lipis diarah ditutup selama 14 hari bermula semalam selepas lawatan mengejut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah ini. FOTO Tular
Lipis: Restoran di sini, diarahkan tutup selepas tular klip video memaparkan seorang pekerjanya membersihkan sebuah periuk besar menggunakan penyapu.

Arahan ditutup selama 14 hari bermula semalam itu dibuat selepas lawatan mengejut dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pihak KKM turut membuat pemeriksaan di bahagian penyimpanan makanan di restoran terbabit.

Klip video itu dimuat naik oleh pentadbir Facebook Komuniti Anak-Anak Lipis pada 5 petang semalam.

Perbuatan pekerja restoran berkenaan dipercayai berlaku di belakang restoran terbabit sekali gus menyebabkan orang ramai memohon satu siasatan dilakukan oleh pihak berkaitan bertujuan keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis (MDL), Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, pihaknya akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada sekiranya terdapat kesalahan dilakukan di premis berkenaan.

"Penutupan restoran itu dirujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah dan operasi dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah bersama Majlis Daerah Lipis," katanya ketika dihubungi.

Tiada ulasan: