"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Islam tak perlukan Pas, orang ramai ‘sekolahkan’ Abdul Hadi

Harapandaily

Orang ramai dilihat ‘menyekolahkan’ Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang termasuk menegaskan bahawa Islam sebenarnya tidak memerlukan parti yang dikenali ‘menunggang’ agama itu.

Reaksi umum itu membanjiri hantaran Abdul Hadi di platform X yang bertajuk, “Mengapa kita perlu kembali kepada Islam?”

Sempena Karnival Sambutan 1 Tahun Pemerintahan Pas Terengganu baru-baru ini, Abdul Hadi menyenaraikan lima syarat yang mesti dicapai bagi menunjukkan “kedaulatan Islam”.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, lima syarat itu ialah adanya negeri, ada rakyat, ada pemimpin, ada undang-undang dan Perlembagaan serta bebas untuk melaksanakan hukum.

“Tujuannya supaya kita dapat tunjukkan Islam yang adil mengikut petunjuk yang diberikan oleh Allah SWT.

“Keadilan yang ditunjukkan oleh Allah tidak ada bandingan sama sekali.

“Berikan tempoh kepada Parti Islam Se-Malaysia (Pas) supaya kita dapat tunjukkan Islam yang berdaulat kepada semua.

“Hari ini kita masih belum dapat mendaulatkan Islam secara sempurna,” dakwa Abdul Hadi.

Bahkan, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu menuduh Kerajaan Persekutuan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyalurkan bantuan kepada Terengganu.

“Walaupun kita menguasai Negeri Terengganu tetapi kita tidak berdaulat kerana kuasa kerajaan pusat lebih banyak dan mereka sendiri tidak menyalurkan bantuan,” kata bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu lagi.

Rata-rata mengecam ahli politik berusia 77 tahun itu termasuk menegaskan bahawa Pas sekadar sembang sahaja dan akan mengemukakan pelbagai alasan jika berkuasa di Putrajaya nanti.

“Nanti dah pegang Malaysia cakap, “kita memang pegang Malaysia tapi kita belum berdaulat sebab dunia dipegang oleh Yahudi,” sindir pengguna X, @nmqlinrz.

“Kami perlukan Islam tapi Islam kami tidak perlukan Pas,” tegas @Farid6976 manakala @nusabangsa berkata,”Sokong Islam anda selamat, sokong Pas anda sesat.”

Sementara itu, Ehsan Zakaria pula secara sinis berpendapat tulisan Abdul Hadi itu jika hendak difahami lebih jelas, hanya tukarkan perkataan “Islam” kepada “Pas”.

“Contohnya, ayat pertama di atas,”Mengapa kita perlu kembali kepada Pas”,” katanya sambil menegaskan keseluruhan hujah Abdul Hadi itu hanya mahu Pas memerintah sahaja.

Tiada ulasan: