KOSMO
Tangkap layar menunjukkan mangsa dipukul berkali-kali dengan sebatang kayu. - NDTV
NEW DELHI – Seorang lelaki di India ditahan kerana membelasah seorang lelaki lain yang menegurnya untuk tidak membuang air kecil merata-rata, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9.20 pagi (waktu tempatan) di Bandar Model Delhi pada 4 Oktober lalu.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian menunjukkan suspek turun daripada sebuah motosikal dan menghampiri mangsa yang sedang tidur di laluan pejalan kaki.
Dia memukul mangsa dengan sebatang kayu selama kira-kira 20 saat sebelum beredar.
Suspek bagaimanapun tidak berpuas hati dan kembali memukul mangsa sebelum melarikan diri bersama dua rakannya yang menunggu di atas motosikal.
Menurut polis, suspek dikenali sebagai Aryan dan bekerja sebagai pembantu rumah di kawasan sama.
“Khamis lalu, dia membuang air kecil di kawasan lapang sebelum ditegur oleh mangsa yang bekerja di kedai berhampiran,” kata polis. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan