"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

5 pendaki ditemukan mati di Gunung Dhaulagiri

Bernama-Xinhua
PERGUNUNGAN Dhaulagiri kelihatan dari kampung Nagi pada 2010. FOTO AFP
PERGUNUNGAN Dhaulagiri kelihatan dari kampung Nagi pada 2010. FOTO AFP
Kathmandu (Nepal): Lima pendaki Rusia yang dilaporkan hilang pada Ahad ketika turun dari Gunung Dhaulagiri ditemukan maut pada Selasa.

Pasukan pencarian menemukan kesemua pendaki Rusia itu pada ketinggian 7,100 meter di puncak gunung, yang merupakan gunung ketujuh tertinggi di dunia pada ketinggian 8,167 meter yang terletak di Nepal.

"Walaupun lima daripada mereka ditemukan maut, seorang telah diselamatkan," kata Funuru Sherpa, Pengarah Urusan IAM Trekking and Expeditions, yang mengendalikan ekspedisi pendaki Rusia itu.

Beliau memberitahu Xinhua bahawa semua mangsa ditemukan di lokasi yang sama.

Disyorkan
Sebanyak 14 pendaki Rusia cuba menawan Gunung Dhaulagiri, dan lapan daripada mereka telah turun selepas berjaya mendaki puncak, katanya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pendaki yang maut kali terakhir berkomunikasi dengan rakan senegara mereka pada pagi Ahad.

Tiada ulasan: