"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Buruh mengaku salah rogol kekasih bawah umur

FMT Reporters

Mohamad Nor Akmal Amaran, 23, dituduh merogol remaja 15 tahun lapan bulan di rumah tanpa nombor di Dabong, Kuala Krai pada 2 pagi 22 Sept lalu.
PETALING JAYA: Seorang buruh mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol kekasih bawah umurnya bulan lalu.

Harian Metro melaporkan Mohamad Nor Akmal Amaran, 23, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Zulkifli Abllah.

Dia dituduh merogol remaja 15 tahun lapan bulan di rumah tanpa nombor di Dabong, Kuala Krai pada 2 pagi 22 Sept lalu.

Lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh dan mahkamah memutuskan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 29 Okt ini.

Tiada ulasan: