"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk antara ditahan kes rasuah lindung seludup diesel

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai merasuah pegawai sebuah agensi penguat kuasa dan menyeleweng diesel bersubsidi di Sibu, Sarawak.

Sumber berkata, suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 60-an itu disyaki memberi rasuah kepada beberapa penguat kuasa sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tempat mereka bekerja yang dipercayai menyeleweng diesel bersubsidi.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita ini masing-masing berjawatan sebagai pengerusi dan pengarah sebuah syarikat yang menguruskan pembelian dan penjualan minyak diesel bersubsidi.

Namun, mereka disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan menyeludup dan menjual kepada pihak luar serta bagi melindungi kegiatan itu. Mereka dipercayai memberi wang rasuah kepada beberapa penguat kuasa, katanya.

Katanya, salah seorang suspek ditahan di pejabat SPRM Sibu manakala seorang lagi ditahan di sebuah pusat perubatan di daerah tersebut sekitar 11.20 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM dan dikehendaki membayar wang jaminan RM50,000 tunai serta RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

Tiada ulasan: