"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga emas cedera diragut ketika keluar beli surat khabar

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
TANGKAP layar video tular kejadian warga emas diragut di Jalan Limau Manis, Bangsar.
TANGKAP layar video tular kejadian warga emas diragut di Jalan Limau Manis, Bangsar.
Kuala Lumpur: Wanita warga emas cedera disamun ketika dalam perjalanan membeli surat khabar di tepi Jalan Limau Manis, Bangsar, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi.

Katanya, tiada kerugian direkodkan kerana tiada barangan berharga dalam beg diragut suspek.

"Ketika kejadian, mangsa berusia 78 tahun yang sedang berjalan, dihampiri sebuah motosikal dan meragut beg mangsa.

"Mangsa cedera akibat kejadian dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video kejadian itu tular memaparkan wanita warga emas berpakaian merah jambu diragut penunggang motosikal, hingga mangsa jatuh dan kejadian disedari orang awam.

Tiada ulasan: