"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

EAIC rampas lebih 150 fail dari Jabatan Imigresen Putrajaya

Malaysiakini 

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mengesahkan mereka sedang menyiasat skandal sindiket 'visa perubatan' melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut EAIC, siasatan penuh sedang dijalankan selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

"EAIC mengesahkan telah hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit JIM Putrajaya dan melaksanakan penyitaan ke atas 156 fail permohonan Pas Lawatan Sosial (kategori Pas Rawatan) selaras dengan seksyen 41 Akta 700," kata agensi berkenaan hari ini.

Kenyataan itu menyusul selepas Malaysiakini menyiarkan laporan bahawa beberapa pegawai JIM sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ melibatkan warga asing.

Menurut sumber, siasatan tersebut dijalankan EAIC yang melakukan serbuan pada minggu lalu.

"Ada pegawai telah dipanggil untuk memberi keterangan," kata sumber tersebut kepada Malaysiakini.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antara lain, bagi menyiasat sebarang aduan salah laku membabitkan pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

JIM pula petang tadi memberi jaminan untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pegawainya yang terlibat dalam sindiket tersebut.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira pangkat atau jawatan,” kata Ketua Pengarah JIM Zakaria Shaaban.

EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antaranya, bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.

"Siasatan penuh sedang dijalankan ke atas aduan tersebut selaras dengan subseksyen 27(4) yang dibaca bersama dengan subseksyen 26(3) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009," kata EAIC.

Tiada ulasan: