KOSMO
NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas didakwa menggunakan burung merpati untuk merompak lebih 50 buah rumah di bandar Bengaluru, lapor akhbar Times of India semalam.
Polis berkata, suspek yang dikenali sebagai Manjunath, memasang kamera pengintip pada burung-burung merpati peliharaannya.
“Dia akan membawa seekor atau dua merpati untuk mencari kediaman khususnya apartmen bertingkat yang mempunyai kawalan keselamatan longgar.
“Burung-burung itu akan terbang dan hinggap di atas bumbung atau balkoni, sejurus selepas ia dilepaskan oleh suspek.
“Jika seseorang menyoalnya, suspek berkata bahawa dia sedang menangkap burung merpatinya,” kata polis.
Manjunath didakwa memecah masuk kediaman dengan menggunakan batang besi dan mencuri pelbagai barangan berharga seperti barang kemas, emas dan wang tunai.
Pihak berkuasa turut merampas kira-kira 475 gram emas bernilai 3 juta rupee (RM153,215) dan sebuah skuter.
“Penahanan Manjunath melegakan penduduk di kawasan kejiranan itu. Dia akan berdepan hukuman berat dan setimpal,” tambah polis. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan