"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis buru lelaki buat aksi lucah dalam kedai

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan lelaki terbabit masuk ke kedai berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan lelaki terbabit masuk ke kedai berkenaan. FOTO Ihsan PDRM
Sungai Buloh: Polis mengesan seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh di sebuah kedai di Subang Bestari, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada 1.24 tengah hari daripada remaja perempuan berusia 18 tahun.

Menurutnya, semasa remaja terbabit bersama rakannya berada di kedai itu, suspek masuk dan duduk di meja berhadapan dengan mereka.

Katanya, suspek bertindak membuka zip seluar dan membuat aksi lucah di hadapan remaja itu dan rakannya.

"Akibat daripada kejadian itu, remaja itu dan rakannya keluar dari premis terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu tindakan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh hadir di mana-mana balai polis yang berdekatan atau boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat, Sarjan Darul Salam Mohamed di talian 013- 4519575 bagi membantu siasatan," katanya.

Tiada ulasan: