"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

46,000 perniagaan muflis, penduduk Israel lari ke luar negara

Agensi

Baitulmaqdis: Pakar memberi amaran bahawa berbilion-bilion yang dibelanjakan Israel untuk memusnahkan Gaza, memberikan kesan kepada ekonominya, lapor Agensi Anadolu.

Terdapat sedikit atau tiada tanda-tanda pemulihan, menurut seorang penyelidik ekonomi Israel, dengan petunjuk yang lemah, pelaburan asing yang merosot, dan pelancongan bersama-sama dengan penghijrahan rakyat yang membimbangkan, membayangkan gambaran suram untuk masa depan Israel.

"Krisis ekonomi hanya akan menjadi lebih teruk dan lebih teruk. Tidak ada prospek untuk pemulihan," kata ahli ekonomi politik Israel, Shir Hever dalam temu bual dengan Agensi Anadolu.

Kata-katanya itu mengulangi pandangan Yoel Naveh iaitu bekas ketua ekonomi di Kementerian Kewangan Israel yang berkata, kerajaan perlu bertindak "bersungguh-sungguh dan dengan tindakan segera untuk ... mengelakkan risiko krisis kewangan yang menjulang."

Trajektori semasa, tambahnya, boleh "mengheret ekonominya yang dilanda perang ke dalam kemelesetan dan membahayakan keselamatan negara."

Kos serangan maut Israel ke atas Gaza, di mana ia membunuh dan mencederakan hampir 140,000 rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu, dipercayai lebih $67 bilion (RM328 bilion), menurut anggaran pada Ogos oleh pakar ekonomi Israel.

Bank of Israel pada Mei berkata, kos perang akan meningkat kepada kira-kira 250 bilion shekel (AS$66 bilion atau kira-kira RM300 bilion) menjelang akhir tahun depan.

Ekonomi Israel, sebaliknya, berkembang hanya 0.7 peratus pada suku kedua 2024, jauh di bawah ramalan tiga peratus oleh penganalisis Bursa Saham Tel Aviv.

Pelaburan asing 'mengering', lebih 85,000 orang tercicir daripada tenaga kerja, dan terdapat "suku juta orang kehilangan tempat tinggal secara dalaman dan kehilangan kedua-dua pekerjaan dan rumah mereka," tambahnya.

Mengenai situasi kewangan domestik, Hever yang juga pakar ekonomi itu berkata, lebih 46,000 perniagaan muflis, manakala entiti yang lebih besar turut merasai kesan perang.

"Pelabuhan Eilat juga muflis, yang menjadi satu-satunya pelabuhan yang Israel ada di Laut Merah," kata Hever.

"Pelancongan berada pada tahap sifar. Tiada pelancongan… Secara keseluruhannya, pelaburan antarabangsa di Israel hampir tiada."

Kebimbangan utama, kata Hever, adalah sektor teknologi tinggi Israel, yang pernah menjadi "bahagian terpenting dalam ekonomi Israel."

"Syarikat berteknologi tinggi ini menggunakan semua sumber untuk cuba berpindah. "Mereka sangat bimbang bahawa mereka tidak boleh berfungsi di Israel, dalam keadaan semasa," katanya.

Tiada ulasan: