"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sekolah haram Myanmar dalam ladang diserbu

KOSMO!
SEBUAH sekolah haram diserbu pegawai-pegawai kerajaan di Chumphon. - Foto Khaosod
BANGKOK – Sebuah sekolah haram untuk kanak-kanak Myanmar diserbu pegawai-pegawai kerajaan di sebuah ladang kelapa di Na Sak, wilayah Chumphon, lapor laman berita Khaosod semalam. 

Pada Jumaat lalu, pegawai-pegawai perisikan Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Thailand serta Pejabat Buruh Wilayah Chumphon, menyerbu lokasi itu.

Sebuah bangunan sekolah tanpa nombor alamat kemudian ditemui di sebuah ladang kelapa.

Seorang warga Myanmar, Tin Tae, 37, sedang mengajar kira-kira 50 kanak-kanak negara itu ketika serbuan dilakukan. 

Majikannya yang merupakan warganegara Thailand dan dikenali sebagai Ariya, turut hadir semasa serbuan itu.

Menurut Tae, dia telah mengajar kanak-kanak Myanmar di hartanah milik Ariya selama setahun 8 bulan dan menerima gaji bulanan sebanyak 4,000 baht (RM510). 

Dia juga mengutip yuran operasi sebanyak 500 baht (RM63) hingga 700 baht (RM89) bagi setiap pelajar. 

Pegawai-pegawai pihak berkuasa berkata, Tae melanggar Seksyen 8 Dekri Pengurusan Kerja Asing 2017 dan pindaannya pada 2018, manakala kesnya diserahkan kepada Balai Polis Na Sak. – AGENSI

Tiada ulasan: