KOSMO!
Hannah mahu mengumpul lebih banyak lagi patung berpuaka. - Caters News
LONDON – Seorang wanita di Yorkshire Barat, England mempunyai koleksi 14 anak patung yang dikatakan berpuaka dan kadang kala mencetuskan ‘huru-hara’, lapor akhbar Daily Mirror semalam.
Hannah Rose, 20, obses dengan aktiviti paranormal sejak dia berusia tujuh tahun lagi. Hannah berkata, dia pertama kali melihat hantu pada usia tersebut.
Sejak itu, dia mempunyai minat mendalam terhadap patung yang didakwa berpuaka meskipun mengaku tidak mudah menjaga objek itu.
“Saya pernah dicakar Louise (salah satu anak patungnya) tetapi kami berbaik semula selepas sesi komunikasi.
“Kadang-kala patung-patung ini membuat kacau. Mildred (satu lagi anak patungnya) terutamanya, suka menyembunyikan barang penting seperti kunci rumah atau alat solek saya,” kata Hannah.
Tambah Hannah, sekiranya dia menerima anak patung berpuaka yang kotor atau rosak, dia akan membersihkan dan membaikinya.
“Saya berhasrat untuk menyimpan semua anak patung itu sepanjang hidup saya dan mengumpul lebih banyak lagi,” katanya. – AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan