Tular gambar anggota merokok di restoran, polis PJ buka siasatan tatatertib
FMT Reporters
Ketuanya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya tidak berkompromi dengan pelanggaran undang-undang dan disiplin.
Baru-baru ini tular di media sosial gambar memaparkan seorang anggota polis sedang merokok di sebuah restoran. (Gambar X)
PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya membuka kertas siasatan tatatertib terhadap anggotanya yang didakwa merokok di sebuah restoran seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya mengesan gambar itu di sebuah hantaran di aplikasi X oleh seorang pengguna dengan nama akaun ‘Dr Maslinda Si Derhaka’, kira-kira 8 pagi hari ini.
Menurutnya, gambar ditularkan itu memaparkan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Petaling Jaya.
“Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya tidak sesekali berkompromi terhadap isu melibatkan pelanggaran undang-undang dan disiplin.
Tindakan tegas akan diambil terhadap insiden itu, katanya dalam kenyataan hari ini.
Larangan merokok di kawasan awam membabitkan semua tempat makan di seluruh negara telah dilaksanakan sejak Januari 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan