"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar sekolah menengah mangsa sunting gambar lucah guna AI

Bernama

SEREMBAN: Polis menerima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyerupai gambar lucah.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa yang berusia 14 hingga 17 tahun itu daripada ibu bapa dan penjaga pada 20 hingga 23 Ogos lepas.

“Dalam kes ini, suspek seorang pelajar Tingkatan 5 dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah, iaitu digantung sekolah bermula pada 24 hingga 28 Ogos lepas.

“Sehingga kini, lima saksi telah dipanggil untuk memberikan keterangan,” menurut kenyataan.

Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Polis akan menjalankan siasatan secara telus supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap individu yang terlibat demi keadilan terhadap semua mangsa.

Tiada ulasan: